Akaun Instagram calon Naib Presiden Indonesia Mahfud MD digodam

Mahfud MD. Foto AFP
Mahfud MD. Foto AFP
A
A
A

JAKARTA - Akaun Instagram Mahfud MD, calon naib presiden bagi pemilihan 2024 dan Menteri Penyelaras Politik, Undang-undang dan Hal Ehwal Keselamatan telah digodam pada Selasa.

Siaran itu memaparkan sekumpulan tentera Israel sedang bermain bola sepak dan kapsyen dalam bahasa asing.

Pegawai khas menteri berkenaan, Rizal Mustary, yang mengesahkan kejadian itu turut menggesa pengikut akaun Mahfud supaya mengabaikan sebarang mesej masuk yang mendakwa ia daripada menteri.

Beliau berkata penggodaman didalangi pihak tidak bertanggungjawab di luar unit pengelola akaun.

"Kejadian berlaku sejak siang tadi dan usaha pemulihan sedang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan.

Pada pilihan raya 14 Februari, Mahfud bertanding bersama Ganjar Pranowo, yang merupakan calon presiden parti pemerintah, Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P). - Agensi

Artikel Berkaitan: