Pilih Menteri Pendidikan yang mampu bina generasi Malaysia: Adly

Adly
Adly
A
A
A

MELAKA TENGAH - Melaka meletakkan harapan tinggi agar individu yang akan menerajui Kementerian Pendidikan mampu membina generasi Malaysia dalam berdepan cabaran hari ini dan akan datang.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata, beliau yakin Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan membuat keputusan bijak bagi mengisi kekosongan jawatan menteri berkenaan sekali gus mencorak masa depan pendidikan negara.

Menurutnya, portfolio Menteri Pendidikan sememangnya mempunyai cabaran besar termasuk cabaran ekonomi, budaya dan isu-isu berkaitan.

"Selain itu, Menteri Pendidikan turut mendepani isu-isu kokurikulum, pendidikan serta bagaimana membina jati diri pelajar yang kukuh secara keseluruhan bermula dari Sabah, Sarawak hingga Semenanjung Malaysia.

"Melaka akan terus memberikan kerjasama kepada sesiapa yang akan menerajui Kementerian Pendidikan," katanya.

Beliau berkata, Maszlee merupakan tokoh penting kepada negara dan beliau yakin Ahli Parlimen Simpang Renggam itu boleh

terus memberikan khidmat dalam pelbagai bidang.

"Sudah pasti bekas Menteri Pendidikan itu mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu yang boleh dimanfaatkan negara dan yakin semua itu diambil kira dalam PH.

Artikel Berkaitan:

"Kita di peringkat kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada bekas Menteri Pendidikan kerana telah memberikan perkhidmatan kepada kerajaan PH," katanya.

Semalam Maszlee mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan dalam satu sidang akhbar khas di Putrajaya.