Seleweng kutipan zakat: Suami isteri dibebas dengan jaminan bon mahkamah

Suami isteri dibebaskan dengan jaminan bon sebanyak RM50,000 seorang di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah di Mahkamah Majistret Ipoh.
Suami isteri dibebaskan dengan jaminan bon sebanyak RM50,000 seorang di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah di Mahkamah Majistret Ipoh.
A
A
A

IPOH - Suami isteri yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes penyelewengan kutipan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) berjumlah RM9.62 juta, dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah di sini pada Isnin.

Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan membenarkan permohonan polis untuk membebaskan lelaki berusia 50 tahun dan wanita 53 tahun itu dengan jaminan bon sebanyak RM50,000 seorang di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah.

Pasangan yang bertindak sebagai ejen kutipan zakat itu tiba di Mahkamah Majistret Ipoh dengan berpakaian biasa diiringi polis pada jam 9.30 pagi.

Mereka kemudiannya dibebaskan 20 minit kemudian.

Suami isteri berkenaan telah direman selama 10 hari bermula 6 Januari lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu melakukan pecah amanah.

Sinar Harian melaporkan kedua-dua individu tersebut ditangkap oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan JSJK Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sebuah lokasi di Kuala Lumpur selepas menerima laporan daripada MAIPk.

Siasatan awal mendapati suspek menjalankan transaksi kutipan menerusi dalam talian dan dipercayai gagal mendepositkan zakat bermula Mac hingga September 2023.

Artikel Berkaitan: