Wanita rugi RM554,000 terpedaya pulangan pelaburan lumayan

Gara-gara tertarik dengan pulangan pelaburan lumayan, seorang wanita mengalami kerugian sebanyak RM554,000 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham.Foto hiasan 123RF
Gara-gara tertarik dengan pulangan pelaburan lumayan, seorang wanita mengalami kerugian sebanyak RM554,000 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham.Foto hiasan 123RF
A
A
A

BATU PAHAT – Gara-gara tertarik dengan pulangan pelaburan lumayan, seorang wanita mengalami kerugian sebanyak RM554,000 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, mangsa berusia 54 tahun melihat iklan mengenai pelaburan saham berkenaan di laman sosial pada Oktober tahun lalu dan menekan pautan (link) ke aplikasi Whatsapp dipaparkan dan berurusan dengan seorang wanita warganegara China bagi tujuan menyertai skim pelaburan ditawarkan.

Katanya, mangsa kemudian diminta untuk memuat turun satu aplikasi serta memberikan maklumat peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan dan maklumat akaun bank bagi tujuan pendaftaran.

“Mangsa yang berminat dengan pelaburan tersebut memasukkan wang berjumlah RM314,000 ke dalam tiga akaun bank syarikat berbeza secara berperingkat.

“Hasil semakan dalam akaun pelaburan miliknya, mangsa mendapati menerima keuntungan sebanyak RM2,036,252.29 sebelum diminta untuk membayar sejumlah RM240,000 lagi sekiranya ingin mengeluarkan wang keuntungan tersebut.

“Wanita itu diberitahu wang keuntungan tersebut tidak dapat dikeluarkan kerana akaun pelaburan mangsa terlibat dalam penggubahan wang haram. Nmun sehingga kini mangsa tidak menerima sebarang keuntungan daripada tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mangsa yang menyedari telah ditipu membuat laporan di Balai Polis Parit Raja di sini, pada Sabtu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Polis menasihati orang ramai agar tidak terpedaya dengan promosi pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dan membuat semakan dengan pihak berkuasa berkaitan jika mempunyai sebarang keraguan.