Piala Asia: Vietnam idam kejutkan Jepun

Pemain Vietnam menjalani latihan di Qatar.
Pemain Vietnam menjalani latihan di Qatar.
A
A
A

PENGENDALI Vietnam, Philippe Troussier percaya pasukannya mampu untuk mengejutkan Jepun dalam aksi pembukaan Kumpulan D Piala Asia di Doha, Qatar pada Ahad.

Troussier berkata, dia yakin dengan kualiti dimiliki pasukannya dan kesemua pemain di Qatar sudah bersedia untuk mengecewakan pasukan di ranking ke-17 dunia itu.

"Pada Piala Asia 2023, lawan dianggap lebih kuat tetapi untuk menang menentang Vietnam bukan mudah. Kami tidak pernah berputus asa.

"Saya percaya pemain akan kekalkan semangat itu apabila kita memasuki kejohanan ini," katanya.

Dia berkata, Piala Asia sama sekali berbeza daripada acara lain di rantau Asia Tenggara dan pemain perlu berusaha lebih gigih dan memberikan lebih banyak kesungguhan di atas padang.

“Saya mahu pemain bersikap proaktif dalam semua situasi, yakin apabila mereka memiliki dan mengawal bola. Jangan menunggu atau buat kesilapan untuk beri peluang kepada pihak lawan.

"Menentang Jepun, kami mungkin tewas kepada mereka sembilan kali daripada 10 perlawanan. Tetapi kami mungkin boleh menewaskan mereka sekali. Siapa tahu jika ia akan menjadi dalam perlawanan ini," katanya.

Artikel Berkaitan: