Piala Asia 2023: Bahrain mangsa pertama Korea Selatan

In-beom (kanan) penjaring gol pertama buat Korea Selatan. Foto AFP
In-beom (kanan) penjaring gol pertama buat Korea Selatan. Foto AFP
A
A
A

KOREA Selatan melaungkan amaran awal penampilan Teageuk Warriors pada Piala Asia 2023 di Doha, Qatar bukan sekadar biasa-biasa apabila membelasah Bahrain, 3-1 pada Isnin.

Dalam perlawanan Kumpulan E yang berlangsung di Stadium Jassim Bin Hamad itu, anak buah Jurgen Klinsmann memimpin separuh masa pertama menerusi jaringan minit ke-38, Hwang In-beom yang beraksi untuk kelab liga Serbia, Red Star Belgrade.

Separuh masa kedua, skuad kendalian Klinsmann yang dalam misi mengakhiri kemarau sejak edisi 1960 bagaimanapun dikejutkan jaringan penyamaan Abdullah Al Hashash pada minit ke-51.

Dari kiri, Kang-in meraikan jaringan bersama pemain Korea Selatan lain ketika menentang Bahrain dalam aksi Kumpulan E Piala Asia Qatar 2023 di Doha, pada Isnin. Foto AFP
Dari kiri, Kang-in meraikan jaringan bersama pemain Korea Selatan lain ketika menentang Bahrain dalam aksi Kumpulan E Piala Asia Qatar 2023 di Doha, pada Isnin. Foto AFP

Gol penyamaan anak buah Juan Antonio Pizzi itu ternyata mengubah tempo pasukan The Pearl Divers tersebut yang mula meningkatkan asakan bagi menambah jaringan.

Namun Teageuk Warriors yang diperkuatkan tonggak yang beraksi di liga Eropah, kembali memimpin menerusi pemain tengah Paris Saint-Germain (PSG), Lee Kang-in pada minit ke-56.

Kang-in sekali lagi menjadi duri dalam daging Bahrain apabila meledak gol kedua peribadinya seterusnya gol ketiga Korea Selatan untuk keputusan 3-1 memihak kepada Korea Selatan.