Restoran Hakim sedia skrin layar besar sepanjang Piala Asia 2023

Restoran Hakim Seksyen 7, Shah Alam jadi pilihan anak muda bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 antara Argentina menentang France, Disember lalu.
Restoran Hakim Seksyen 7, Shah Alam jadi pilihan anak muda bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 antara Argentina menentang France, Disember lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Penyokong bola sepak tanah air berpeluang menyaksikan perlawanan skuad Harimau Malaya sepanjang Piala Asia 2023 menerusi tayangan skrin layar besar di Restoran Hakim Seksyen 7, di sini.

Pemiliknya, Datuk Hakimsa Abdul Karim berkata, sebanyak dua skrin akan disediakan di bahagian luar kedai yang boleh menampung sehingga 700 pelanggan.

“Kami sediakan meja dan kerusi lebih jika ramai pelanggan datang ke kedai untuk menyaksikan perlawanan itu sehingga lewat malam.

“Kalau ada pihak yang datang untuk memberi sponsor juga akan diterima seperti sebelum ini ada yang belanja air ekstrajus.

“Piala kali ini (Piala Asia 2023), saya belum pasti dalam bentuk apa sponsor akan diberikan,” katanya kepada Sinar Harian.

Restoran Hakim Seksyen 7, Shah Alam jadi pilihan anak muda bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022.
Restoran Hakim Seksyen 7, Shah Alam jadi pilihan anak muda bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022.

Skuad negara yang diundi dalam Kumpulan E akan memulakan kempen menentang Jordan pada 15 Januari (1.30 pagi, 16 Januari waktu Malaysia) di Stadium Al Janoub, diikuti Bahrain (20 Januari) di Stadium Jassim Bin Hamad sebelum bertemu juara dua kali Korea Selatan di Stadium Al Janoub pada 25 Januari.

Menurut Hakimsa, skrin tersebut akan terus dipasang di restoran itu walaupun bukan perlawanan daripada skuad Harimau Malaya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, pelanggan akan meminta untuk menyiarkan tayangan bola sepak sekiranya ia merupakan kumpulan yang digemari ramai.

“Kami cuba untuk memuaskan hati semua pelanggan sebaik mungkin,” ujarnya.