Lima maut, 18 cedera kereta rempuh kanak-kanak di China
BEIJING - CHINA. Sebuah kereta merempuh sekumpulan pelajar sekolah rendah di timur laut China hari ini, mengakibatkan lima terbunuh dan 18 lagi cedera.
Kejadian berlaku ketika kanak-kanak terbabit sedang melintas jalan di Huludao dalam wilayah Liaoning.
Video ngeri mengenai kemalangan itu telah tersebar di media sosial, memaparkan kenderaan tersebut hilang kawalan sebelum melayang dan masuk ke arah laluan bertentangan, sekali gus merempuh kumpulan kanak-kanak terbabit.
Satu lagi video memaparkan dua kanak-kanak kecil terbaring dan berlumuran darah di bahu jalan.
Kemalangan maut berpunca daripada kecuaian kerap berlaku di China.
Awal bulan ini, sekurang-kurangnya 13 orang maut selepas sebuah bas terbabas ke dalam gaung di wilayah Chongqing, selepas pemandu bas malang tersebut bertengkar dengan salah seorang penumpangnya.
Pada September lalu, 11 orang terbunuh selepas sebua kereta ilang kawalan dan merempuh pejalan kaki di dataran awam di pusat bandar Hengdong. - AFP
'Cuaca luar biasa ini rahmat bagi kami'
'Spiderman', 'Spiderwomen' dicekup polis
Perancis pertimbang sekatan baharu ke atas peneroka haram Israel
Arab Saudi bakal ada calon Miss Universe?
'Saya mohon maaf kepada keluarga mangsa, anggota tentera' - Saifuddin Shafik
[VIDEO] Hantaran jelik hina kru TLDM terkorban, Saifuddin Shafik didenda RM23,000
Akaun 3 KWSP untuk kecemasan, bukan beli telefon bimbit, sport rim mewah
Kedai serbaneka 'tutup bila kiamat, tapi masih buka setengah hari'