Suami isteri ditahan miliki pistol, 31 peluru

Pasangan suami isteri ditahan bersama sepucuk pistol dan 31 butir peluru di Kampung Geting Tengah, Tumpat pada Rabu.
Pasangan suami isteri ditahan bersama sepucuk pistol dan 31 butir peluru di Kampung Geting Tengah, Tumpat pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - Pasangan suami isteri ditahan bersama sepucuk pistol dan 31 butir peluru di Kampung Geting Tengah, Tumpat pada Rabu.

Mereka ditahan pada jam 12 tengah hari di sebuah rumah oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, bertindak atas maklumat pihaknya berjaya merampas sepucuk pistol jenis Glock berserta kelopak dan 31 butir peluru bernilai RM6,200.

Sebahagian daripada peluru pistol yang dirampas.
Sebahagian daripada peluru pistol yang dirampas.

"Suami yang berusia 31 tahun itu bekerja sendiri dan mempunyai 28 rekod lampau bersabit dadah serta jenayah, manakala isteri yang berusia 26 tahun seorang penganggur mempunyai tiga rekod lampau," katanya semasa sidang akhbar pada Khamis.

Menurut beliau, lelaki tersebut direman seminggu bermula Khamis bagi membantu siasatan.

Ujarnya, isteri kepada lelaki berkenaan direman selama dua hari bermula Khamis.

Muhamad Zaki (tengah) menunjukkan pasport milik pasangan suami isteri terbabit yang turut dirampas.
Muhamad Zaki (tengah) menunjukkan pasport milik pasangan suami isteri terbabit yang turut dirampas.

Artikel Berkaitan:

Muhamad Zaki memberitahu, dalam serbuan itu polis turut menyita sebuah Perodua Kelisa bernilai RM6,200.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.