Bah merah: 31 masjid terkesan, al-Quran rosak di Narathiwat


Antara masjid yang ditenggelami banjir di tiga daerah iaitu Rueso, Si Sakhon dan Sukhirin di Narathiwat.
Antara masjid yang ditenggelami banjir di tiga daerah iaitu Rueso, Si Sakhon dan Sukhirin di Narathiwat.
A
A
A

NARATHIWAT - Bah merah yang membadai Selatan Thailand pada hujung Disember lalu bukan sahaja meragut nyawa, merosakkan harta benda penduduk malah turut menjejaskan 31 masjid di tiga daerah iaitu Rueso, Si Sakhon dan Sukhirin di sini.

Lebih terkesan apabila banjir beserta lumpur itu telah menyebabkan kitab suci al-Quran rosak dan tidak dapat lagi digunakan.


Muhammad Nasir memeriksa naskah al-Quran yang rosak akibat ditenggelami banjir.
Muhammad Nasir memeriksa naskah al-Quran yang rosak akibat ditenggelami banjir.

Melihat kepada situasi itu, Pertubuhan Sinar Prihatin Malaysia (MySinar), Kumpulan Karangkraf (Karangkraf) dan Sinar Harian telah tampil menghulurkan sumbangan berupa 500 naskah al-Quran untuk dimanfaatkan oleh penduduk yang majoritinya beragama Islam.

Penasihat MySinar, Datuk Muhammad Nasir Hamzah berkata, beliau tersentuh hati apabila melihat ratusan al-Quran yang rosak akibat bencana tersebut.

Muhammad Nasir (empat dari kiri) mengagihkan al-Quran kepada wakil-wakil masjid di Narathiwat.
Muhammad Nasir (empat dari kiri) mengagihkan al-Quran kepada wakil-wakil masjid di Narathiwat.

"Sebagai permulaan kami hantar 500 naskah dahulu, insya-ALLAH selepas ini akan ada bantuan susulan lain," katanya.

Menurut beliau, sumbangan al-Quran dilihat sebagai salah satu keperluan kerana hampir kebanyakan masjid yang ditenggelami banjir telah menyebabkan kitab suci itu musnah sama sekali.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, beliau berharap akan ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau individu yang dapat tampil membantu penduduk di sini.

Muhammad Nasir tersentuh hati apabila melihat ratusan al-Quran yang rosak akibat bencana tersebut.
Muhammad Nasir tersentuh hati apabila melihat ratusan al-Quran yang rosak akibat bencana tersebut.

Muhammad Nasir memberitahu, bantuan itu amat diperlukan oleh penduduk selepas berdepan dengan ujian getir tersebut.

Katanya, kerosakan harta benda yang dialami penduduk di sini amat memberikan kesan kepada beliau.

Muhammad Nasir berharap rakyat Malaysia dapat melihat kesengsaraan dan kekurangan yang melanda rakyat di sini.

Muhammad Nasir (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan al-Quran kepada wakil-wakil masjid di Daerah Rueso, Narathiwat.
Muhammad Nasir (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan al-Quran kepada wakil-wakil masjid di Daerah Rueso, Narathiwat.

"Pada masa sama, saya harap penduduk dapat bersabar dengan ujian yang dihadapi ketika ini," katanya.

Orang ramai yang ingin bersama MySinar boleh menyalurkan sumbangan ke atas nama Pertubuhan Sinar Prihatin Malaysia di akaun Maybank 562218233147.