Banjir Johor: Empat jalan di tiga daerah terputus hubungan

Banjir menyebabkan beberapa jalan di bandar Kota Tinggi ditenggelami banjir.
Banjir menyebabkan beberapa jalan di bandar Kota Tinggi ditenggelami banjir.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Empat jalan di tiga daerah iaitu Kota tinggi, Johor Bahru dan Segamat terputus hubungan dan tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan akibat bencana banjir pada Isnin.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, laluan terbabit melibatkan Jalan Kota Tinggi-Kluang dan Jalan Tai Hong, Taman Scientex di Kota Tinggi.

Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor berkata, ini termasuk Jalan Maju Jaya, Seelong di Johor Bahru dan Jalan Jabi-Bukit Tempurung di Segamat.

Bandar Kota Tinggi pada Isnin menjadi seperti 'lautan' selepas ditenggelami banjir
Bandar Kota Tinggi pada Isnin menjadi seperti 'lautan' selepas ditenggelami banjir

"Sementara Jalan Kota Tinggi-Kulai di Felda Bukit Ramun, Jalan Tai Hong (jambatan kecil), Jalan Mawai Lama dan Jalan Batu Pahat-Mersing di Kota Tinggi dibuka untuk kenderaan berat sahaja," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mengenai jumlah terkini mangsa banjir di Johor, beliau memberitahu, seramai 7,847 daripada 2,158 keluarga ditempatkan di 54 PPS pada jam 2 petang Isnin.

"Semua mangsa banjir itu dari tujuh daerah iaitu Kota Tinggi, Kluang, Johor Bahru, Mersing, Kulai, Segamat dan Pontian.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Kota Tinggi masih lagi daerah paling teruk terjejas ketika ini dengan seramai 4,239 mangsa dipindahkan ke 26 buah PPS.

"Ini diikuti Kluang menyaksikan seramai 1,698 mangsa (14 PPS); Johor Bahru seramai 1,660 mangsa (10 PPS); Kulai 86 mangsa (satu PPS); Segamat 57 mangsa (dua PPS) dan Pontian 17 mangsa (satu PPS)," ujarnya.