PBB beri amaran kadar pengangguran meningkat 2024

Kadar pengangguran meningkat akan mewujudkan ketidaksaman sosial pada tahun 2024. - AFP
Kadar pengangguran meningkat akan mewujudkan ketidaksaman sosial pada tahun 2024. - AFP
A
A
A

NEW YORK - Kadar pengangguran global dijangka meningkat sedikit pada tahun 2024, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika kebimbangan mengenai produktiviti tidak stabil, ketidaksamaan dan inflasi tinggi.

Agensi buruh PBB berkata, pemulihan ekonomi daripada pandemik Covid-19 amat perlahan ditambah pula ketegangan geopolitik dan inflasi yang berterusan sehingga mencetuskan langkah agresif oleh bank pusat.

Menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), pertumbuhan global pada 2023 adalah lebih tinggi daripada jangkaan dan pasaran buruh menunjukkan daya tahan yang mengejutkan.

Bagaimanapun, perolehan gaji semakin merosot di kebanyakan negara G20 kerana kenaikan gaji gagal selari dengan Inflasi.

Pada tahun 2022, kadar pengangguran global berapa pada tahap 5.3 peratus dan mencatatkan peningkatan sederhana pada tahun selepas itu kepada 5.1 peratus.

Walaubagaimanapun pada 2024, tambahan dua juta dijangka mencari pekerjaan dan sekali gus meningkatkan kadar pengangguran global kepada 5.2 peratus.

Manakala pendapatan boleh guna merosot di negara G20 dan taraf hidup semakin tinggi akibat inflasi.

ILO dalam laporan Trend Pekerjaan Dunia dan Tinjauan Sosial untuk 2024, menambah ketidaksamaan yang semakin meluas dan produktiviti tidak stabil menjadi punca kebimbangan itu.

Artikel Berkaitan:

Kajian itu menilai trend pasaran buruh terkini termasuk pengangguran, penciptaan pekerjaan, penyertaan tenaga buruh dan tempoh jam bekerja.

Laporan itu mendapati hanya China, Rusia dan Mexico 'menikmati pertumbuhan gaji sebenar yang positif pada 2023'.

"Tahap hidup yang menurun dan produktiviti yang lemah digabungkan dengan inflasi yang berterusan mewujudkan keadaan untuk ketidaksamaan yang lebih besar dan menjejaskan usaha untuk mencapai keadilan sosial.

"Tanpa keadilan sosial yang lebih besar, kita tidak akan mendapat pemulihan yang mampan," ketua ILO Gilbert Houngbo. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!