Kebakaran rumah Koo Ham: Bomba ambil 11 sampel di lokasi kejadian

Proses forensik di lokasi kejadian turut dibantu Unit Anjing Pengesan JBPM di lokasi kejadian kebakaran rumah Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar, Manjung pada Rabu. FOTO JBPM Perak
Proses forensik di lokasi kejadian turut dibantu Unit Anjing Pengesan JBPM di lokasi kejadian kebakaran rumah Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar, Manjung pada Rabu. FOTO JBPM Perak
A
A
A

IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak telah mengambil 11 sampel di lokasi kejadian kebakaran rumah Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar, Manjung pada Rabu.

Pengarah JBPM Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya telah melaksanakan proses forensik kebakaran di lokasi kejadian.

"Siasatan yang dijalankan turut dibantu oleh Unit Anjing Pengesan JBPM.

"Pasukan penyiasatan telah mengambil 11 sampel di tempat kejadian untuk dibawa ke makmal bagi siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan ringkas pada Rabu.

Terdahulu, media melaporkan kediaman Penasihat DAP Perak itu terbakar pada awal pagi Rabu.

Kejadian sekitar jam 3 pagi itu bagaimanapun hanya melibatkan garaj kereta di bahagian depan rumah.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri tidak menolak kemungkinan kebakaran berlaku akibat perbuatan khianat.

Beliau berkata, siasatan awal dilakukan di lokasi kejadian telah menemui satu botol disyaki mengandungi bahan letupan berkenaan.

Artikel Berkaitan: