DAP kutuk serangan molotov cocktail ke atas rumah Koo Ham

Laporan Sinar Harian pada Rabu.
Laporan Sinar Harian pada Rabu.
A
A
A

PUTRAJAYA - DAP mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyerang kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham dengan 'molotov cocktail'.

Tegas Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook, apa sahaja bentuk unsur keganasan tidak boleh diterima sekali di dalam menangani perbezaan dalam kalangan masyarakat.

Anthony
Anthony

"DAP juga menyeru pihak Kementerian Dalam Negeri dan polis supaya mengambil perhatian serius dalam kejadian ini dan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjaga," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Insiden berlaku awal pagi itu telah menyebabkan kebakaran yang memusnahkan kereta milik Koo Ham.

Api berjaya dipadamkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi mengelak kebakaran tersebut merebak ke dalam bangunan kediaman.

Satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian tersebut.

Sebelum ini Koo Ham mencetuskan kontroversi apabila mencadangkan agar pakar perlembagaan daripada kalangan bukan Islam dilantik dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-undang Islam.

Artikel Berkaitan:

Kenyataan itu mengundang perhatian beberapa pihak termasuk Istana Negeri yang mengkritik cadangan tersebut.

Koo Ham bagaimanapun memohon maaf dan menyedari kekhilafan tersebut.