11 pesalah kes rogol berkumpulan kembali dipenjarakan

Seorang wanita memegang sepanduk ketika bantahan terhadap pembebasan lelaki yang disabitkan bersalah merogol beramai-ramai Bilkis Bano semasa rusuhan kaum 2002 di Gujarat, Mumbai pada 23 Ogos 2022. Foto fail AFP

A
A
A

NEW DELHI - Mahkamah Agung India pada Isnin memerintahkan 11 banduan dalam kes rogol berkumpulan seorang wanita di negeri Gujarat pada 2002 kembali dipenjarakan.

Mahkamah tertinggi itu membatalkan keputusan kerajaan Gujerat untuk memberikan pengampunan kepada lelaki yang dipenjarakan kerana merogol Bilkis Bano dan membunuh ahli keluarganya, termasuk anak perempuannya yang berusia tiga tahun.

Bano berusia 21 tahun dan hamil lima bulan semasa menjadi mangsa jenayah itu yang berlaku ketika rusuhan yang menyebabkan lebih 1,000 orang kebanyakannya beragama Islam terbunuh.

Beliau menerima pujian meluas atas usahanya untuk mencari keadilan.

Pentadbiran Parti Bharatiya Janata (BJP) membebaskan 11 lelaki berkenaan pada Ogos 2022. - Bernama

Artikel Berkaitan: