Dua rakan terlepas hukuman mati

Ravi Kumar (dua dari kiri) dan Adwin (tiga dari kanan) hadir bersama peguamnya, Sean Dudley (empat dari kanan), Rayveni (kanan) dan Meor (kiri), di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada Isnin.
Ravi Kumar (dua dari kiri) dan Adwin (tiga dari kanan) hadir bersama peguamnya, Sean Dudley (empat dari kanan), Rayveni (kanan) dan Meor (kiri), di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua rakan terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, melepas dan membebaskan mereka daripada dua pertuduhan mengedar lebih tiga kilogram dadah jenis ketamine dan ecstasy, dua tahun lalu.

Hakim, Datuk Azhar Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap pemilik pusat cuci kereta, P Ravi Kumar, 33, dan kontraktor L A Adwin, 40, di akhir kes pembelaan.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, mereka didakwa bersama-sama mengedar dadar berbahaya iaitu 3.282 kilogram ketamine dan 0.3335 kg 3,4-methylenedioxymethamphetamine di kawasan tempat letak kereta di sebuah pusat beli belah di Cheras pada jam 6.50 petang, 4 Mac 2022.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Sean Dudley, Rayveni Asogan dan Meor Amirul.

Seramai tiga saksi termasuk dua tertuduh itu, memberi keterangan dalam prosiding bela diri kes terbabit, bermula 27 November 2023.

Artikel Berkaitan: