Hukuman mati penganggur penggal kepala bapa diganti penjara 35 tahun

Seorang penganggur yang memenggal kepala serta mengerat kaki dan tangan bapanya pada 2018 terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya dengan penjara selama 35 tahun.
Seorang penganggur yang memenggal kepala serta mengerat kaki dan tangan bapanya pada 2018 terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya dengan penjara selama 35 tahun.
A
A
A

PUTRAJAYA - Seorang penganggur yang memenggal kepala serta mengerat kaki dan tangan bapanya pada 2018 pada Selasa terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya dengan penjara selama 35 tahun.

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Besar Malaya Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah serta Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Abu Bakar Jais membuat keputusan itu selepas berpandangan bahawa terdapat merit dalam rayuan You Poh Khoon terhadap hukuman.

"Perayu hendaklah diberi peluang untuk menjalani hukuman penjara,” kata Mohamad Zabidin.

Beliau memerintahkan Poh Khoon menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 9 Oktober 2018 dan mengetepikan sebatan yang dikenakan ke atas tertuduh kerana usianya melebihi 50 tahun.

Terdahulu, peguam Amir Faliq Mohamad Jamil memaklumkan mahkamah bahawa Jabatan Peguam Negara telah membenarkan representasi anak guamnya untuk menarik balik rayuan terhadap sabitan dan agar hukuman mati diganti dengan pemenjaraan.

Poh Khoon, 58, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 24 Mei 2022 selepas didapati bersalah membunuh bapanya, You Su Kim yang berusia 74 tahun antara 3 petang 8 Oktober 2018 dan 10.30 pagi esoknya di rumah mereka di Khatan Baru, Chemor, Ipoh, Perak.

Mahkamah Rayuan menolak rayuannya pada 6 Mac tahun lepas.

Menurut laporan media, Poh Khoon membunuh bapanya dengan memenggal kepala dan mengerat badannya selepas mangsa memarahi tertuduh kerana mengambil dadah di rumah mereka.

Artikel Berkaitan:

Kepala mangsa kemudian ditanam di belakang rumah mereka manakala bahagian badan yang dikerat dibuang ke dalam sebuah lubang kumbahan sedalam 1.5 meter.

Pada prosiding hari ini, Amir Faliq berkata, Poh Khoon adalah satu-satunya dalam kalangan empat beradik yang menjaga bapa mereka yang terlantar di katil selepas mangsa disahkan menghidap kanser prostat tiga bulan sebelum itu.

Beliau berkata, ahli keluarga Poh Khoon juga berharap agar dia terlepas hukuman mati kerana mereka telah kehilangan bapa mereka.

Timbalan Pendakwa Raya How May Ling pula memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara antara 30 hingga 40 tahun kerana bukti forensik menunjukkan bahawa terdapat kesan tetakan di leher mangsa yang menyebabkan kematiannya serta 15 kecederaan lain. - Bernama

@sinarharianonline

Hukuman mati penganggur penggal kepala bapa diganti penjara 35 tahun #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Jenayah #Penjara #Mati #Anak #Bapa #Keluarga #Penganggur #Mahkamah #Hukuman

Earned It (In the Style of Weeknd) [Karaoke Version] - Instrumental King