Mayat ditemui dalam tong sampah bukan Bella

Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
A
A
A

MELAKA - Polis mengesahkan mayat wanita tanpa kepala, kaki dan tangan yang bunuh kejam dan ditemui di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang Alor Gajah dua minggu lalu bukan Mira Sharmila, 32, atau Bella.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata, hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dibuat ke atas mangsa yang dianggarkan berumur lingkungan 20-an hingga 30-an bukan Bella yang dilaporkan hilang di Batu Pahat, Johor pada 14 Disember lalu.

Menurutnya, perbandingan sampel DNA bersangkut laporan kes Bella di Batu Pahat dan Gemencheh, Negeri Sembilan yang dijalankan menerusi ahli keluarganya didapati tidak sepadan.

"Malah spesimen DNA tersebut juga turut dihantar ke Bahagian D13 (Data Bank/ DNA), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman untuk dibuat semakan dengan kes-kes lain yang dilaporkan sebelum ini.

"Polis juga masih meneruskan siasatan bagi mengesan identiti si mati," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat dipohon untuk tampil menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi talian 06-5562222.

Sinar Harian pada Sabtu lalu melaporkan seorang wanita dibunuh kejam apabila badannya ditemui dalam tong sampah yang dibuang ke dalam longkang di Kampung Rimau, Pulau Sebang Alor Gajah di sini, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan itu kira-kira jam 2 petang pada 31 Disember lalu sebelum siasatan dijalankan bersama Unit Forensik Kontinjen Melaka dan Hospital Alor Gaja

Artikel Berkaitan: