Remaja maut motosikal rempuh lembu

Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh seekor lembu yang berada di atas jalan di Kilometer 11, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang pada malam Rabu. Foto: PDRM
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh seekor lembu yang berada di atas jalan di Kilometer 11, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang pada malam Rabu. Foto: PDRM
A
A
A

GUA MUSANG – Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh seekor lembu di Kilometer 11, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini pada malam Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 malam itu, mangsa tercampak ke atas jalan raya akibat pelanggaran berkenaan, manakala motosikal ditunggangnya terseret kira-kira 80 meter dari lokasi mangsa terjatuh.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, kemalangan itu berlaku ketika mangsa menunggang motosikal miliknya dari arah Gua Musang menghala ke Kuala Krai.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati motosikal mangsa melanggar seekor lembu yang berada di atas jalan ketika tiba di lokasi kejadian.

"Lembu yang terlibat dalam kemalangan itu turut ditemukan mati di tepi jalan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ujar beliau, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

"Sehubungan itu, orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di talian 09-912 1222 bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!