Mayat wanita bogel tanpa kepala, kaki, tangan ditemui dalam tong sampah

Hanya bahagian badan ditemui, mayat wanita disumbat dalam tong sampah yang dibuang ke dalam longkang di Kampung Rimau, Pulau Sebang Alor Gajah minggu lalu. Foto PDRM
Hanya bahagian badan ditemui, mayat wanita disumbat dalam tong sampah yang dibuang ke dalam longkang di Kampung Rimau, Pulau Sebang Alor Gajah minggu lalu. Foto PDRM
A
A
A

ALOR GAJAH - Seorang wanita dibunuh kejam apabila badannya ditemui dalam tong sampah yang dibuang ke dalam longkang di Kampung Rimau, Pulau Sebang Alor Gajah di sini, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan itu kira-kira jam 2 petang pada 31 Disember lalu sebelum siasatan dijalankan bersama Unit Forensik Kontinjen Melaka dan Hospital Alor Gajah.

Seorang wanita dibunuh kejam apabila badannya ditemui dalam tong sampah yang dibuang ke dalam longkang di Kampung Rimau, Pulau Sebang Alor Gajah minggu lalu. (Gambar kecil: Arshad) Foto PDRM
Seorang wanita dibunuh kejam apabila badannya ditemui dalam tong sampah yang dibuang ke dalam longkang di Kampung Rimau, Pulau Sebang Alor Gajah minggu lalu. (Gambar kecil: Arshad) Foto PDRM

"Mayat berkenaan ditemui dalam keadaan tidak berpakaian, hanya beralaskan kain di bawahnya disyaki seorang perempuan berusia antara 20 hingga 30-an.

"Selain itu anggota badannya tidak cukup iaitu kepala, kedua-dua tangan dan kaki dipercayai telah dipotong," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut beliau, bedah siasat telah dijalankan di Hospital Melaka bagi mengetahui sebab kematian dan identiti mayat tersebut.

"Setakat ini, tiada sebarang tanda badan atau tatu ditemui, bagaimanapun pihak polis telah membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas dua kes orang hilang tetapi negatif.

"Lokasi penemuan mayat itu pula merupakan jalan kampung dan tiada rumah, namun kediaman terdekat pun rumah kosong iaitu 100 meter dari lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

"Kes di klasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Sehubungan itu katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini atau mana-mana pihak yang kehilangan ahli keluarga mahupun individu yang dikenali diminta menghubungi balai berhampiran.

"Boleh juga menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, di talian O6-5562222 atau pegawai penyiasat Deputi Superintenden Mohd Ali Hanafiah Hasim di talian 019-9536277," katanya.