Lelaki maut kereta bertembung babi hutan

KUALA KUBU BHARU – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya dipercayai bertembung dengan babi hutan sebelum terbabas dan melanggar sebuah lori berhampiran sebuah stesen minyak di sini pada Rabu.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.16 pagi.
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dengan bantuan BBP Tanjung Malim bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 14 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Ashrul Riezal berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi pada jam 7.32 pagi mendapati mangsa berusia 53 tahun ditemukan tidak sedarkan diri dan tersepit di dalam kereta Perodua Kancil.
"Kita berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit kira-kira lima minit kemudian. Pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan mangsa meninggal dunia.
"Mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
