Bella hilang: Keluarga pasrah, harap ditemui segera

Noraini (kanan) dan Norhisham (kiri) menunjukkan gambar Bella, yang sudah hilang tanpa khabar sejak 20 hari lalu.
Noraini (kanan) dan Norhisham (kiri) menunjukkan gambar Bella, yang sudah hilang tanpa khabar sejak 20 hari lalu.
A
A
A

BATU PAHAT - Anggota keluarga kepada Mira Sharmila Samsusah, 32, atau Bella yang sudah 20 hari hilang tanpa khabar berita berharap akan ditemui segera.

Norhisham, 36, yang merupakan kakak kepada Bella, berkata, dia sekeluarga pasrah agar adiknya itu dapat kembali walau dalam apa juga keadaan.

Katanya, sejak kehilangan Bella pada 14 Disember lalu, pelbagai pihak telah menghubungi mereka sekeluarga dan menawarkan diri untuk membantu mencari Bella dengan pelbagai kaedah.

“Alhamdulillah, satu Malaysia prihatin, sehingga ke Sabah pun ada yang sanggup tawarkan diri untuk bantu cari adik saya. Malah ada yang bersedia datang ke Batu Pahat untuk mencari Bella sehingga jumpa.

“Kami sekeluarga juga telah bertemu beberapa pengamal perubatan Islam dan ustaz bagi mendapatkan pandangan mereka. Setakat ini, sudah 10 orang ustaz yang bantu kami cari Bella," katanya ketika ditemui pada Rabu.

Sementara itu, ibu Bella, Noraini Salleh, 55, berkata, kerinduan terhadap anaknya itu sudah tidak dapat diungkap dengan kata-kata, lebih-lebih lagi melihatkan keadaan dua anak Bella yang sering bertanya keadaan ibunya.

Namun, naluri hatinya kuat menyatakan Bella yang merupakan anak bongsu daripada itu dalam keadaan selamat.

"Seminggu selepas Bella dilaporkan hilang, saya ada bermimpi, Bella datang merayu minta tolong. Saya percaya Bella selamat dan minta mereka yang mengambil Bella pulangkan.

Artikel Berkaitan:

"Apa pun, kami pasrah dan sentiasa berharap agar Bella pulang dan terima dia dalam apa juga keadaan," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya sudah melakukan pertemuan dengan keluarga Bella di Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Batu Pahat, pada Selasa.

Katanya, polis giat menjalankan siasatan agar Bella dapat ditemui secepat mungkin.

"Setakat ini, masih belum ada perkembangan terkini setelah 20 hari mangsa hilang, selain meminta keluarga bersabar dan menyerahkan kepada polis untuk siasatan.

“Siasatan secara terperinci akan dilakukan dari setiap sudut dan ada beberapa perkara yang kami tidak boleh dedahkan agar ianya tidak mengganggu siasatan polis," katanya.

Tambah Ismail, teman lelaki mangsa yang berusia 24 tahun juga telah ditahan sebelum ini untuk membantu siasatan, namun dibebaskan dengan jaminan polis.

Selain itu, lima individu telah direkod keterangan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Bella yang juga ibu kepada dua anak berusia dua hingga empat tahun dilaporkan hilang pada malam 14 Disember lalu, selepas keluar bersama teman lelaki ke sebuah kedai dobi.

Kehilangan Bella masih menjadi misteri selepas kedua-dua mereka dipercayai tidak ke kedai terbabit sebaliknya melencong ke arah lain.

Dua laporan polis dibuat keluarga mangsa masing-masing pada 16 dan 18 Disember.

@sinarharianonline

Bella hilang: Keluarga pasrah, harap ditemui segera #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Bella #Hilang #Wanita #Keluarga #Ibu

Bila Waktu Tlah Berakhir - Opick