RM2.5 juta baik pulih Pasar Besar Kuantan
KUANTAN - Kerja-kerja pembaikan dan penaiktarafan Pasar Besar Kuantan perlu dilaksanakan segera bagi memberikan keselesaan kira-kira 400 peniaga di situ.
Setiausaha Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Datuk Hamiza Hamzah berkata, bagi tujuan itu pihaknya telah mengemukakan pelan komprehensif yang akan dibawa ke peringkat lebih tinggi dengan nilai cadangan RM2.5 juta.
Menurutnya jumlah itu meliputi peruntukan untuk membaiki kerosakan seperti atap dan bumbung bernilai anggaran RM200,000, naik taraf bangunan anggaran RM1.5 juta, dan bakinya untuk kerja penyusunan semula kategori peniaga, membaik pulih sistem saliran, surau dan tandas, mekanikal dan elektrikal serta sistem perparitan dan bekalan air.
"Wakil daripada MPK juga ada membuat lawatan ke pasar Selayang di Selangor untuk lihat kemudahan di sana. Dalam usaha memberikan keselesaan kepada pelanggan dan peniaga, MPK akan mengambil serius perkara ini dan banyak kerja-kerja pembaikan perlu dilakukan.
"Selain itu MPK juga perlu ada jalinan dua hala bersama peniaga-peniaga untuk mengetahui masalah mereka dan memberikan pemahaman mengenai apa yang MPK akan lakukan untuk pasar besar ini," katanya ketika ditemui media dalam program lawatan MPK bersama Adun Teruntum, Sim Chon Siang di pasar tersebut, hari ini.
Pahang peruntuk RM1.2 juta beli al-Quran braille
Puspen Gambang akan dijadikan pusat latihan vokasional AADK
'Satu kehilangan besar buat TLDM, negara' - Wan Rosdy
MBK kesan individu tebang pokok di Jalan Indera Mahkota
Peniaga maut dibunuh sekumpulan lelaki berparang
KWSP perkenal Akaun Fleksibel, keluar simpanan bila-bila masa
Pesara guru rugi RM249,682 ditipu sindiket khidmat pembersihan
Kanak-kanak maut jatuh kondominium ketika ibu keluar ambil kakak di sekolah
'Lepas ni dah tak dengar abang cakap terima kasih sayang' - Siti Aisyah