Tiga pemandu mabuk ditahan

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Ampang Jaya melaksanakan sekatan jalan raya dalam Operasi Mabuk.
Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Ampang Jaya melaksanakan sekatan jalan raya dalam Operasi Mabuk.
A
A
A

AMPANG - Seramai tiga lelaki memandu di bawah pengaruh alkohol ditahan di Jalan Pandan Utama dan Jalan Pandan Indah dekat sini, dalam Operasi Mabuk yang dijalankan selama dua hari.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kesemua individu berusia 50 hingga 65 tahun itu ditahan dalam sekatan jalan raya oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Salah seorang daripada tiga lelaki yang ditahan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.
Salah seorang daripada tiga lelaki yang ditahan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.

"Tangkapan bersama kenderaan yang terlibat telah dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ampang Jaya untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987.

"Ujian nafas dengan menggunakan alat 'evidential breath analyzer II' (EBA II) terhadap ketiga-tiga individu berkenaan mendapati tahap kandungan alkohol dalam darah melebihi had yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sementara itu, dalam operasi berasingan, Mohd Azam berkata, pihaknya menyita 17 motosikal atas pelbagai kesalahan.

Operasi Motosikal turut dijalankan di Jalan Kemajuan Kampung Pandan pada Sabtu.
Operasi Motosikal turut dijalankan di Jalan Kemajuan Kampung Pandan pada Sabtu.

"Dalam Operasi Motosikal yang dijalankan di Jalan Kemajuan Kampung Pandan semalam (Sabtu), seramai 39 individu diperiksa dan sebanyak 32 saman dikeluarkan.

Artikel Berkaitan:

"Saman yang dikeluarkan dalam semua operasi yang dijalankan adalah atas pelbagai faktor kesalahan iaitu tiada lesen memandu yang sah, ubah suai kenderaan, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, ekzos, topi keledar dan lain-lain kesalahan,"katanya.