Perodua setuju beli semula kereta dengan harga penuh - Pemilik Bezza

Nagakanni bersama kereta Perodua Bezza dibelinya pada 17 Oktober lalu.
Nagakanni bersama kereta Perodua Bezza dibelinya pada 17 Oktober lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Syarikat Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) Sales Sdn Bhd bersetuju untuk membeli semula dengan harga penuh kereta jenis Bezza yang rosak dalam masa lapan jam walaupun baru dibeli.

Pemilik kenderaan itu, Nagakanni Subramaniam berkata, syarikat tersebut juga menawarkan kepadanya untuk membeli kereta kedua dengan kadar pinjaman sama atau menolak tawaran berkenaan dan membeli yang lain.

“Saya perlu buat keputusan ini dalam masa tujuh hari. Saya juga tak perlu lagi bayar bulan-bulan untuk kereta lama dan semua bayaran sebelum ini akan dipulangkan semula.

“Terima kasih Perodua atas keputusan ini dan semua yang membantu saya menuntut hak ini. Saya terhutang budi dengan anda.

“Perjuangan menuntut hak daripada syarikat gergasi bukanlah sesuatu yang mudah untuk saya yang hanya seorang kerani tetapi saya belajar sesuatu.

"Walaupun kita kecil seperti semut, kalau kita bersatu tanpa kira warna dan kaum, kita akan berjaya. Akhirnya, kerana gula, semut bersatu,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Nagakanni meluahkan rasa kecewa apabila kereta Perodua Bezza yang dibelinya pada 17 Oktober lalu rosak dalam masa lapan jam.
Nagakanni meluahkan rasa kecewa apabila kereta Perodua Bezza yang dibelinya pada 17 Oktober lalu rosak dalam masa lapan jam.

Sebelum ini, Nagakanni meluahkan rasa kecewa apabila kereta dibelinya pada 17 Oktober lalu tiada sebarang penyelesaian dengan syarikat tersebut selain terpaksa membayar ansuran bulanan sebanyak RM537 walaupun masih rosak.

Pada Rabu, Ketua Pegawai Operasi Perodua, JH Rozman Jaafar berkata, pihaknya telah mengambil beberapa langkah termasuk menawarkan kereta sementara kepada pelanggan tersebut untuk digunakan dan pilihan membeli semula unit berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, pada Khamis, Nagakanni mendakwa terdapat beberapa kesalahan fakta dalam kenyataan balas syarikat tersebut.