Sila log masuk terlebih dahulu.

'Perodua sudah jawab, tapi masih tiada solusi' - Pemilik kereta Bezza

04 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 4 JANUARI 2024

Perodua Sales Sdn Bhd masih tidak memberi solusi tuntas meskipun telah mengeluarkan kenyataan media berhubung isu kereta jenis Bezza yang rosak dalam masa lapan jam walaupun baru dibeli.

Pemilik kereta berkenaan, Nagakanni Subramaniam, mendakwa terdapat beberapa kesalahan fakta dalam kenyataan balas syarikat tersebut.

Nagakanni berkata, dia ingin membetulkan fakta kerana solusi Perodua adalah untuk dia membeli kereta kedua dengan cara mengemukakan pinjaman kereta kedua.

Menurutnya, tiada jaminan hitam putih menyatakan kereta pertamanya akan dibeli semula dan tidak perlu membayar pinjaman pertama.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/642552/berita/semasa/perodua-sudah-jawab-tapi-masih-tiada-solusi---pemilik-kereta-bezza

#SinarHarian #BeritaSemasa