Ringgit hampir tidak berubah berbanding dolar AS

Pada 6 petang, ringgit berada di paras 4.6330/6370 berbanding dolar AS daripada 4.6300/6355 pada akhir urus niaga semalam. Foto hiasan
Pada 6 petang, ringgit berada di paras 4.6330/6370 berbanding dolar AS daripada 4.6300/6355 pada akhir urus niaga semalam. Foto hiasan
A
A
A

RINGGIT mengakhiri urus niaga Khamis pada paras hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka (FOMC) negara maju itu tidak memberi tempoh masa mengenai tarikh sebenar penurunan kadar faedah utama.

Pada 6 petang, ringgit berada di paras 4.6330/6370 berbanding dolar AS daripada 4.6300/6355 pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit susut serendah 4.6448 namun kekal di paras 4.6300 sewaktu urus niaga ditutup.

Beliau berkata, minit mesyuarat FOMC menunjukkkan Rizab Persekutuan AS berhasrat menurunkan kadar faedah itu pada tahun ini, namun lebih cenderung melakukannya pada akhir 2024.

"Perbezaan antara persepsi pasaran mengenai tempoh pelaksanaannya dan isyarat daripada FOMC, mungkin hanya menjejaskan lagi ketidaktentuan dalam pasaran mata wang,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ini termasuk susut berbanding pound Britain kepada 5.8964/9015 daripada 5.8463/8532 semalam dan rendah berbanding euro kepada 5.0829/0873 daripada 5.0634/0694.

Unit tempatan itu bagaimanapun meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2185/2215 daripada 3.2462/2502 semalam.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.

Ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.4903/4936 daripada 3.4885/4932 semalam dan susut berbanding peso Filipina kepada 8.35/8.36 daripada 8.33/8.34.

Berbanding rupiah Indonesia, ringgit tidak berubah pada 299.0/299.4 daripada 299.0/299.5 dan mengukuh berbanding baht Thailand pada 13.4500/4687 daripada 13.4824/5063, sebelum ini. - Bernama