Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS

Nilai ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi Isnin, disokong oleh permintaan sederhana untuk mata wang domestik. - Gambar hiasan
Nilai ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi Isnin, disokong oleh permintaan sederhana untuk mata wang domestik. - Gambar hiasan
A
A
A

NILAI ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi Isnin, disokong oleh permintaan sederhana untuk mata wang domestik.

Pada jam 9.22 pagi, ringgit tempatan menambah nilai kepada 4.6825/6860 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat pada 4.6865/6920.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid menjangkakan ringgit akan berada dalam julat yang sempit hari ini kerana mod penghindaran risiko mungkin menyokong dolar AS dengan baik.

"Kita berpotensi berhadapan dengan penutupan pentadbiran kerajaan AS kerana Kongres perlu membuat keputusan minggu ini berhubung percanggahan pendapat mengenai rang undang-undang perbelanjaan. Bagaimanapun, PMI terkini untuk September nampaknya menunjukkan terdapat sedikit peningkatan dalam sentimen perniagaan.