LBS umum 10 projek baharu tahun ini

Hock San (empat dari kiri) bersama barisan Pengarah LBS dan MBG Berhad bergambar selepas taklimat media di Ibu Pejabat LBS, Plaza Seri Setia, di sini pada Khamis. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR
Hock San (empat dari kiri) bersama barisan Pengarah LBS dan MBG Berhad bergambar selepas taklimat media di Ibu Pejabat LBS, Plaza Seri Setia, di sini pada Khamis. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

PEMAJU perumahan terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) mengumumkan 10 projek baharu bakal dilancarkan di sekitar Lembah Klang, Johor dan Pahang pada 2024.

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Ir Dr Lim Hock San berkata, sasaran pelancaran projek itu merangkumi 4,858 unit dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM2.33 bilion.

“Kami teruja untuk memulakan tahun ini dengan optimis dan positif, fokus utama syarikat adalah mencapai sasaran 2024 sambil mengutamakan tiga teras utama iaitu Mampu Milik, Ketersambungan serta Komuniti.

“Sebagai pemaju yang mengutamakan rakyat, kami turut mengintai beberapa peluang dan berusaha untuk melancarkan hartanah dengan jumlah GDV bernilai RM2.33 bilion di beberapa negeri.

Hock San ketika berucap di taklimat media LBS bersama 100 pengamal media tempatan di Ibu Pejabat LBS, Plaza Seri Setia, pada Jumaat. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR
Hock San ketika berucap di taklimat media LBS bersama 100 pengamal media tempatan di Ibu Pejabat LBS, Plaza Seri Setia, pada Jumaat. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR

“LBS akan terus menilai dan melaksanakan strategi sesuai demi memastikan operasi berjalan lancar serta kekal optimistik terhadap prospek pertumbuhan syarikat tahun ini,” katanya pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika berucap di taklimat media LBS bersama 100 pengamal media tempatan di Ibu Pejabat LBS, Plaza Seri Setia, di sini.

Hock San juga memaklumkan, pihaknya akan bekerjasama dengan syarikat pembinaan, MGB Berhad untuk melancarkan blok pangsapuri Rumah Idaman MBI, rumah teres dua tingkat di Astella dan pangsapuri servis SkyRia di D’Island Residence.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau lagi, LBS akan memberi tumpuan kepada pelancaran 2,960 unit hartanah dengan GDV berjumlah RM1.14 bilion di kawasan Lembah Klang.

Hal ini kerana menurutnya, Lembah Klang secara konsisten telah memberikan hasil jualan tertinggi kepada LBS sepanjang tahun dengan purata lebih daripada 80 peratus.

"Projek baharu di Pahang pula melibatkan pangsapuri perkhidmatan Bayu Hills dan 66 unit banglo Rimbawan Acacia Garden di Genting Highland dengan GDV sebanyak RM103 juta.

“Di Johor, bakal didirikan 63 rumah berkembar dua tingkat di Imperial Garden, Bandar Putera Indah dan Batu Pahat dengan GDV sebanyak RM43 juta serta turut melibatkan projek Pangsapuri Saujana Indah di Taman Molek (393 unit) dengan GDV RM177 juta,” ujar beliau.

Barisan Pengarah LBS dan MBG Berhad bergambar bersama 100 pengamal media di Ibu Pejabat LBS, Plaza Seri Setia, di sini pada Khamis. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR
Barisan Pengarah LBS dan MBG Berhad bergambar bersama 100 pengamal media di Ibu Pejabat LBS, Plaza Seri Setia, di sini pada Khamis. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR

Jelasnya, kini LBS mempunyai 19 projek pembangunan yang sedang berjalan buat masa ini secara kolektif dengan anggaran GDV sebanyak RM5 bilion.

“Sehingga 31 Disember 2023, simpanan bank tanah LBS meliputi kawasan seluas 2,767 ekar iaitu jumlah yang dijangka meletakkan syarikat kekal bersaing dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

“Di samping itu, kami mempunyai jualan belum dibil sekitar RM1.99 bilion, memastikan jumlah jangkaan pendapatan yang jelas dan kukuh untuk tempoh dua hingga tiga tahun nanti.

Dalam pada itu, beliau berkata, inisiatif Pemuliharaan Alam Sekitar, Tanggungjawab Sosial, dan Amalan Tadbir Urus (ESG) pula akan kekal menjadi keutamaan LBS selari dengan matlamat Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050.

“LBS juga berhasrat untuk memberi ganjaran berterusan kepada pemegang saham selaras dengan dasar dividen iaitu membayar 30 peratus daripada keuntungan selepas cukai dan kepentingan bukan kawalan,” ulas Hock San.