Sekolah masih digenangi air banjir

Sekolah SK Semai tidak dapat dibuka ekoran masih digenangi air sedalam 0.48 meter pada Khamis.
Sekolah SK Semai tidak dapat dibuka ekoran masih digenangi air sedalam 0.48 meter pada Khamis.
A
A
A

PEKAN - Seramai 128 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Temai di sini yang terjejas banjir dijangka akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka Isnin minggu hadapan.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Profesionalisme (SPP), Shafruddin Ali berkata, sekolah itu tidak dapat dibuka ekoran masih digenangi air sedalam 0.48 meter pada Khamis.

Menurutnya, paras air yang masih tinggi dikhuatiri berisiko kepada keselamatan murid sekolah berkenaan termasuk 15 guru.

"Ketika ini pelajar sekolah terlibat mengikuti pembelajaran melalui sesi Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) sejak 2 Januari lalu agar tidak tercicir pelajaran.

”Hanya dua sekolah iaitu SK Temai dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paloh Hinai di sini yang masih belum beroperas ekoran banjir.

"Bagaimanapun SMK Paloh Hinai dijangka dibuka semula esok (Jumaat) selepas kerja pembersihan selesai dijalankan setelah air surut sepenuhnya pada Khamis," katanya.

Shafruddin (lima dari kanan) dan Razali (lima.dari kanan) bersama.pihak sekolah serta sukarelawan KPM meninjau keadaan
SK Temai yang masih digenangi air sedalam.0.48 meter pada Khamis.
Shafruddin (lima dari kanan) dan Razali (lima.dari kanan) bersama.pihak sekolah serta sukarelawan KPM meninjau keadaan SK Temai yang masih digenangi air sedalam.0.48 meter pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan tinjauan di SK Temai pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir, Pegawai Pendidikan Daerah Pekan, Razali Mustafar.

Shafruddin berkata, sekiranya masih belum boleh beroperasi Isnin depan, murid SK Temai akan ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balairaya Temai Hulu untuk persediaan Ujian Akhir Semester Akademik (UASA).

Sementara itu katanya, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan membantu untuk mengepam keluar air daripada kawasan itu supaya ia segera surut.

"Kerja-kerja pembersihanan dijangka dilakukan pada Ahad sekiranya air berjaya dipam keluar dalam tempoh itu," ujarnya.

Shafruddin bersama 45 Sukarelawan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum itu turun padang membantu bergotong-royong membersihkan Sekolah SMK Paloh Hinai di sini.