Semua daerah di Terengganu terjejas banjir, 10,258 mangsa dipindahkan

Seorang penduduk hanya mampu melihat keadaan di hadapan rumahnya yang dinaiki air ketika tinjauan di Kampung Bukit Tok Bat pada Selasa. - Foto Bernama
Seorang penduduk hanya mampu melihat keadaan di hadapan rumahnya yang dinaiki air ketika tinjauan di Kampung Bukit Tok Bat pada Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA TERENGGANU - [DIKEMAS KINI] Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat apabila seramai 10,258 mangsa daripada 2,871 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di semua daerah di negeri ini.

Setakat jam 8 malam, kesemua mangsa ditempatkan di 114 pusat pemindahan sementara (PPS).

Kuala Terengganu menjadi daerah terbaharu terjejas akibat bencana tersebut apabila satu PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol yang menempatkan seramai 17 mangsa daripada empat keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, Hulu Terengganu merupakan daerah paling teruk terjejas dengan seramai 3,351 mangsa daripada 995 keluarga sudah dipindahkan ke 29 PPS yang telah diaktifkan.

Penduduk meredah banjir dengan menaiki bot untuk pulang melihat keadaan rumahnya selepas dinaiki air. - Foto Bernama
Penduduk meredah banjir dengan menaiki bot untuk pulang melihat keadaan rumahnya selepas dinaiki air. - Foto Bernama

Menurutnya, mangsa banjir di daerah Dungun pula kini seramai 2,640 orang daripada 717 keluarga dan semua mereka ditempatkan di 31 PPS yang diaktifkan di sana.

Bagi daerah Setiu, 25 PPS sudah dibuka bagi menempatkan 1,984 mangsa daripada 606 keluarga yang terjejas banjir, manakala di Besut pula melibatkan 218 keluarga terdiri daripada 1,044 individu sudah dipindahkan ke 15 PPS," kata kenyataan itu pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, mangsa banjir di daerah Kemaman melibatkan seramai 1,114 orang daripada 302 keluarga dan semua mereka ditempatkan di sembila. PPS yang diaktifkan di sana.

Artikel Berkaitan:

Kanak-kanak sedang asyik bermain air di sekitar Kampung Manek Urai yang dilanda banjir susulan limpahan air Sungai Lebir sejak pagi semalam. - Foto Bernama
Kanak-kanak sedang asyik bermain air di sekitar Kampung Manek Urai yang dilanda banjir susulan limpahan air Sungai Lebir sejak pagi semalam. - Foto Bernama

Selain itu, katanya di Marang pula kini seramai 95 individu daripada 26 keluarga yang sudah dipindahkan ke dua PPS manakala di Kuala Nerus melibatkan tiga keluarga terdiri daripada 13 orang ditempatkan di tiga PPS.

Jelas kenyataan itu, cuaca hujan masih melanda di beberapa tempat di daerah yang terlibat bencana berkenaan.