773 penjawat awam Gred 11 di Perak naik pangkat ke Gred 14

Kerajaan Perak memberi kenaikan pangkat secara KUP kepada 773 kakitangan awam Gred 11 ke Gred 14 sejak dua tahun lalu.
Kerajaan Perak memberi kenaikan pangkat secara KUP kepada 773 kakitangan awam Gred 11 ke Gred 14 sejak dua tahun lalu.
A
A
A

IPOH - Seramai 773 kakitangan awam Gred 11 di Perak telah menerima kenaikan pangkat ke Gred 14 secara Khas Untuk Penyandang (KUP) sejak dua tahun lalu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kenaikan melalui Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Perak bagi Kumpulan Pelaksana itu melibatkan kos mencecah RM6 juta.

Menurutnya, pelaksanaan urusan kenaikan pangkat one-off tersebut melibatkan penjawat yang telah berada di gred kenaikan pangkat pada tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan skim perkhidmatan yang dinaik taraf.

"Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri telah melaksanakan inisiatif ini pada 2022 dan 2023 dengan kelulusan Pejabat Kewangan Negeri Perak.

"Sebanyak 788 permohonan telah diterima daripada pelbagai jabatan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan daripada jumlah itu, 773 pegawai telah dinaikkan pangkat secara KUP," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar dan Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Perak 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Rabu.

Saarani ketika berucap merasmikan Seminar dan Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Perak 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Rabu.
Saarani ketika berucap merasmikan Seminar dan Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Perak 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Rabu.

Hadir sama, Exco Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, A Sivanesan dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Dr Adnan Mat.

Artikel Berkaitan:

Saarani berkata, di bawah inisiatif sama, kerajaan negeri juga telah meluluskan cadangan pemberian Elaun Tanggungjawab Khas (ETK) untuk kumpulan pelaksana Gred N26 / W26 / N28 / W28 hakiki.

Katanya, pemberian sebanyak RM100 sebulan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2024 itu melibatkan 36 pegawai dan implikasi kewangan sebanyak RM43,200 setahun.

"Mudah-mudahan, inisiatif ini dapat menyuntik semangat kepada penjawat untuk sentiasa menambah baik kualiti perkhidmatan sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sistem penyampaian kerajaan," katanya.

Seminar kali ini berjaya menghimpunkan lebih 1,000 penjawat awam negeri dan Persekutuan di Perak serta wakil kepimpinan CUEPACS seluruh negara.