Pelajar sekolah, penjawat awam antara 688 orang dicekup atas kesalahan dadah

Seorang pelajar sekolah dan penjawat awam antara 688 individu yang dicekup menerusi Operasi Tapis Bersepadu bermula 4 hingga 11 Disember lalu.
Seorang pelajar sekolah dan penjawat awam antara 688 individu yang dicekup menerusi Operasi Tapis Bersepadu bermula 4 hingga 11 Disember lalu.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang pelajar sekolah dan penjawat awam antara 688 individu yang dicekup menerusi Operasi Tapis Bersepadu bermula 4 hingga 11 Disember lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pelajar sekolah berusia 17 tahun itu ditahan dalam serbuan di Kampung Pengkalan Cina, Beris, Bachok manakala penjawat awam dicekup di Kampung Pulau Pasir Badang di sini.

"Serbuan pertama pada Jumaat sekitar jam 11.50 pagi, hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas remaja tersebut membawa kepada penemuan satu liter air ketum. Saringan air kencing pula mendapati suspek negatif dan tidak mempunyai rekod lampau berkait dadah.

"Berkait dengan kes penjawat awam, dia ditahan pada Isnin sekitar jam 1 tengah hari. Pemeriksaan ke atas suspek berusia 47 tahun itu membawa kepada penemuan pil yaba seberat 0.9 gram di dalam sebuah bilik stor," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Jumlah dadah yang dirampas ini dianggarkan boleh digunakan untuk seramai 11,976 orang penagih.
Jumlah dadah yang dirampas ini dianggarkan boleh digunakan untuk seramai 11,976 orang penagih.

Menurut beliau, saringan air kencing mendapati dia positif dan mempunyai satu rekod kesalahan lampau berkaitan penyalahgunaan dadah.

Ujarnya, sepanjang Operasi Tapis Bersepadu itu, pelbagai jenis dadah berjaya dirampas yang dianggarkan bernilai RM157,800.08.

Muhamad Zaki memberitahu, pil yaba, heroin, ganja, syabu, pil psikotropik, pil erimin 5, ubat batuk, air ketum dan daun ketum antara jenis dadah yang dirampas.

Artikel Berkaitan:

"Jumlah dadah yang dirampas ini dianggarkan boleh digunakan untuk seramai 11,976 orang penagih.

"Pelbagai harta turut disita terdiri daripada kenderaan, wang tunai dan wang dalam akaun yang dianggarkan bernilai RM 21,999.52," katanya.