Warga asing pulang, peluang terbaik rakyat Malaysia

Program yang dilancarkan sejak 1 Ogos lalu sehingga 31 Disember bertujuan memberikan peluang kepada warga asing pulang ke negara asal secara sukarela mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.- Foto: Bernama
Program yang dilancarkan sejak 1 Ogos lalu sehingga 31 Disember bertujuan memberikan peluang kepada warga asing pulang ke negara asal secara sukarela mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.- Foto: Bernama
A
A
A

PROGRAM Back For Good (B4G) yang ditawarkan Jabatan Imigresen kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berada di negara ini merupakan peluang terbaik untuk golongan itu memulakan kehidupan baharu termasuk rakyat Malaysia sendiri.

Program yang dilancarkan sejak 1 Ogos lalu sehingga 31 Disember lalu di Semenanjung Malaysia bertujuan memberikan peluang kepada warga asing yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959 pulang ke negara asal secara sukarela mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Setakat 14 Disember lalu, seramai 138,901 pendatang asing tanpa izin (PATI) menyertai program B4G untuk permohonan pulang ke negara asal dengan warga Indonesia merekodkan jumlah tertinggi iaitu seramai 53,328 diikuti Bangladesh (38,734), India (22,964), Myanmar (6,923) dan selebihnya dari negara lain.

Sementara itu, kisah tular seorang ibu kepada empat anak menyediakan khidmat melipat kain benar-benar membuka mata banyak pihak.

Betapa selama ini kebergantungan terhadap warga asing untuk menyiapkan tugas harian harian telah menyekat peluang kerja warga Malaysia.

Wanita itu berjaya membuktikan walaupun bertugas sebagai suri rumah, dia boleh membuat kerja sampingan tanpa perlu keluar rumah dan memperoleh bayaran RM900 sebulan.

Antara pelanggan yang memilih khidmatnya terdiri daripada wanita bekerjaya terutama di bandar raya Johor Bahru.

Dalam sibuk mengejar kerjaya dan mengurus rumahtangga, kerja-kerja mudah seperti melipat pakaian menjadi sukar kerana kesuntukan masa.

Artikel Berkaitan:

Apa yang pasti, warga asing di negara ini sama ada yang 'halal' ataupun 'haram' sudah pun meraih manfaat tinggal di bumi bertuah Malaysia.

Kini tiba peluang warganegara sendiri meneroka apa sahaja peluang kerja dan memanfaatkan kelebihan yang orang luar nampak di negara kita.

Daripada kerja lipat kain, pemandu Grab, penghantar makanan Foodpanda dan banyak lagi kerja halal yang boleh dicuba. Jangan rasa malu kerana ia adalah rezeki halal.

Sayangi Malaysiaku, Selamat Tahun Baru 2020.