PADU: Penjimatan kepada kerajaan, rakyat dapat bantuan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) ketika melancarkan Pangkalan Data Utama (PADU) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). - Foto Bernama.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) ketika melancarkan Pangkalan Data Utama (PADU) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). - Foto Bernama.
A
A
A

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa telah melancarakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang menjadi 'pengadil' kepada pengagihan subsidi dan bantuan lebih adil.

Sistem yang bertindak sebagai penapis itu memastikan tiada siapa tercicir selain mengenal pasti golongan benar-benar memerlukan bantuan.

Inisiatif tersebut harus dipuji ekoran menggunakan pendapatan boleh belanja rakyat Malaysia dengan mengambil kira tanggungan, dan bukan jumlah pendapatan isi rumah sahaja.

Jika sebelum ini mereka yang dikategorikan sebagai golongan berpendapatan sederhana (M40) tidak layak mendapat bantuan walaupun menanggung komitmen bulanan tinggi, PADU pula akan menilai sebaiknya mengikut perbelanjaan lain.

Memandangkan sistem ini pertama kali diperkenalkan, kerajaan dituntut untuk memantau pelaksanaannya agar mencapai objektif yang ditetapkan.

Paling penting, menitikberatkan ciri-ciri keselamatan yang kukuh bagi mengelak kebocoran data peribadi pengguna, sekali gus tidak membuka ruang rakyat menjadi mangsa 'scam' pihak bertanggungjawab.

Walaupun Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memberi jaminan pembangunan sistem itu turut melibatkan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), CyberSecurity Malaysia dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), namun aspek keselamatan siber tidak boleh dipandang ringan.

Sedangkan sistem perbankan yang dijamin keselamatan dan sekuriti juga boleh lumpuh dan digodam, sistem baharu tidak terkecuali menjadi intaian penggodam.

Artikel Berkaitan:

Apa pun, tahniah kepada kerajaan kerana berjaya mewujudkan sistem yang 'padu', diharap jumlah subsidi negara dapat dikurangkan, sekali gus penjimatan dapat dilakukan agar lebih banyak program pembangunan dapat dilaksanakan.