Mangsa terakhir banjir di Kelantan dijangka pulang esok

Keadaan terkini kediaman penduduk di Kampung Tersang.
Keadaan terkini kediaman penduduk di Kampung Tersang.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Kesemua 26 mangsa banjir terakhir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To'Deh di sini dijangka pulang ke rumah masing-masing pada Rabu.

Ia susulan keadaan cuaca semakin baik selain banjir yang melanda kampung mereka di Bendang Perol hampir surut sepenuhnya.

Seorang penduduk, Nor Azni Setapa, 49, berkata, dia sudah tidak sabar untuk pulang ke rumah selepas 18 hari berada di PPS.

Kelihatan penduduk masih menggunakan perahu di Kampung Tersang, Rantau Panjang yang terkesan dengan banjir termenung.
Kelihatan penduduk masih menggunakan perahu di Kampung Tersang, Rantau Panjang yang terkesan dengan banjir termenung.

"Saya harap selepas ini tiada lagi banjir kerana kami sudah tidak larat untuk berpindah," katanya ketika ditemui pada Selasa.

Menurut dia, bagaimanapun mereka tetap berjaga-jaga untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan selepas ini.

Ujarnya, hal ini kerana musim tengkujuh masih belum tamat sepenuhnya.

Artikel Berkaitan:

Kesemua 26 mangsa banjir terakhir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To'Deh di Rantau Panjang dijangka akan pulang ke rumah masing-masing esok pada Rabu.
Kesemua 26 mangsa banjir terakhir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To'Deh di Rantau Panjang dijangka akan pulang ke rumah masing-masing esok pada Rabu.