Kemusnahan rumah mangsa banjir Kelantan dalam radar KPKT

Aiman Athirah
Aiman Athirah
A
A
A

KOTA BHARU - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menegaskan bahawa Kelantan tidak akan terlepas daripada bantuan kerosakan atau kemusnahan rumah mangsa banjir akibat Monson Timur Laut (MTL) tahun ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat keseluruhannya bagi rumah-rumah mangsa banjir di seluruh negara.

Menurutnya, proses itu akan dilakukan semua negeri terjejas termasuk Kelantan yang berada di bawah kepimpinan Pas.

Taklimat yang diadakan sempena Lawatan Kerja di Ibu Pejabat JBPM di Tunjong di Kota Bharu.
Taklimat yang diadakan sempena Lawatan Kerja di Ibu Pejabat JBPM di Tunjong di Kota Bharu.

“Kami akan dapatkan maklumat secara keseluruhan dan barulah pihak KPKT mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Pada masa yang sama, saya menekankan bahawa Kerajaan Madani ini sangat memberikan tumpuan walaupun Kelantan itu sendiri tidak bersama dengan kita,” katanya pada sidang akhbar sempena Lawatan Kerja ke Ibu Pejabat (JBPM) Kelantan di Tunjong di sini pada Khamis.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah JBPM (Operasi), Datuk Nor Hisham Mohamad dan Pengarah JBPM Kelantan, Zainal Madasin.

Menurut Aiman Athirah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga turun padang ke Kelantan bagi melihat sendiri keadaan banjir yang melanda Kelantan.

Artikel Berkaitan:

“Kami ada garis panduan dan prosedur untuk menilai kerosakan sebelum diangkat bagi tujuan pembaikan selain perkara ini akan dilakukan berterusan.

“Kedatangan Perdana Menteri ini juga memudahkan lagi segala urusan dalam memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir,” katanya.

Keadaan rumah penduduk yang dilanda banjir di Kelantan.
Keadaan rumah penduduk yang dilanda banjir di Kelantan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Pasukan Gerak Cepat (Red Team) daripada pasukan JBPM digerakkan bagi penugasan membantu mangsa MTL di Semenanjung Malaysia berjumlah 495 orang.

“Pasukan ini membantu mangsa banjir di samping kehadiran pegawai dan anggota bomba.

“Pada masa yang sama, pasukan ini turut dibantu anggota penyelamat yang lain,” katanya.