Penumpang lahirkan bayi di balai menunggu KLIA

Anggota pasukan AVSEC yang membantu wanita melahirkan bayi di balai menunggu Terminal satu KLIA. Foto Ihsan Nur Afiqah Mohd Johari (CEM)
Anggota pasukan AVSEC yang membantu wanita melahirkan bayi di balai menunggu Terminal satu KLIA. Foto Ihsan Nur Afiqah Mohd Johari (CEM)
A
A
A

SHAH ALAM - Kakitangan dan orang ramai di Terminal Satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berhadapan situasi luar biasa apabila seorang penumpang melahirkan bayinya di balai menunggu.

Menurut Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB), pasukan Aviation Security (AVSEC) dan Pengurusan Pengalaman Pelanggan (CEM) bertindak pantas untuk membantu wanita terbabit ketika kejadian.

Jelasnya, pegawai perubatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Medilife Paramedic turut dipanggil untuk memberi rawatan serta pemeriksaan lanjut.

"Ibu dan anak comel itu kemudiannya dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan dan pemantauan yang lebih rapi.

"Syabas kepada AVSEC, CEM, Jabatan Perkhidmatan Terminal KKM, Medilife Paramedic dan lain-lain atas tindakan pantas dan efisyen," katanya dalam satu hantaran di Facebook, Khamis lalu.

Sebelum ini, hantaran itu mendapat lebih 1,000 tanda suka dan 104 komen daripada warganet yang memuji kecekapan kakitangan di lapangan terbang termasuk semua pihak yang terlibat dalam memberi bantuan.

Pengguna Facebook, Nur Hanim Ayub berkata, wanita berkenaan mungkin menghantar orang sahaja dan bukan mahu menaiki ‘flight’ serta bersyukur semuanya sudah selamat.

Sementara itu, Tok Gajah OwLaholic menyifatkan KLIA mendapat cucu susulan insiden itu.

Artikel Berkaitan:

"Tahniah AVSEC Avengers.. serba boleh anggota KLIA ni... Malaysia Airports dapat cucu dah," tulisnya.