Pesawat mendarat cemas: Lapangan Terbang Subang ditutup sementara

Sinar Harian melaporkan TUDM mengesahkan bahawa sebuah pesawat miliknya terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada Isnin.
Sinar Harian melaporkan TUDM mengesahkan bahawa sebuah pesawat miliknya terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang ditutup sementara dari jam 1.15 tengah hari sehingga 4.15 petang susulan sebuah pesawat Beechcraft Super King Air B200T milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dipercayai tergelincir ketika melakukan pendaratan cemas. Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) berkata, penutupan itu bagi prosedur pengalihan pesawat terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN:Pesawat TUDM mendarat cemas, semua anak kapal selamat

“Kami telah mengeluarkan notis penutupan sementara untuk memudahkan prosedur pengalihan pesawat yang tergelincir,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. Sebelum ini tular video yang merakam pesawat milik TUDM melakukan pendaratan cemas sebelum dilihat tergelincir dari landasan.

Menurut CAAM, tiada sebarang kecederaan dalam insiden tersebut. “Terminal ini bagaimanapun tidak terjejas dan masih dibuka. Nantikan kemaskini daripada pihak kami,” katanya.

Artikel Berkaitan: