'Depan mata lihat tanah gelongsor hempap rumah'

Zuhari menunjukkan keadaan di bilik tidur selepas dihempap tanah runtuh pada Jumaat lalum
Zuhari menunjukkan keadaan di bilik tidur selepas dihempap tanah runtuh pada Jumaat lalum
A
A
A

JELI - Sebuah keluarga hanya mampu berputih mata apabila dinding rumah mereka di Kampung Dalam Reka, di sini runtuh dihempap tanah semasa banjir gelombang ketiga pada Jumaat lalu.

Zuhari Ismail, 44, berkata, semasa kejadian dia yang merupakan anggota Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela) sedang bertugas di pusat pemindahan sementara (PPS).

"Pada waktu itu sekitar jam 5.30 petang isteri menelefon memberitahu tanah di tepi rumah telah runtuh dan menghempap 40 peratus dinding rumah.

"Saya terus meminta izin ketua untuk pulang dan melihat keadaan isteri dan anak-anak," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Isnin.

Nurul Amal (dua dari kiri) bertanyakan khabar dan melihat keadaan rumah Zuhari yang rosak pada Isnin.
Nurul Amal (dua dari kiri) bertanyakan khabar dan melihat keadaan rumah Zuhari yang rosak pada Isnin.

Sebelum itu Zuhari dan keluarganya menerima lawatan daripada Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi serta rombongan sukarelawan Puteri UMNO Kelantan.

Menurut Zuhari, semasa kejadian itu isterinya, Zuliana Ibrahim, 38, sedang tidur di dalam bilik kemudian terkejut apabila mendapati ada air mengalir masuk ke dalam rumah yang didiami sejak tahun 2020 itu.

Ujarnya, beberapa minit kemudian dia serta tiga anak terdengar bunyi kuat dari bahagian tepi rumah.

Artikel Berkaitan:

"Mereka keluar dari rumah kerana ketakutan dan kemudian melihat depan mata tanah menggelongsor menghempap kediaman tersebut.

Zuhari dan isteri menunnukkan keadaan dinding rumah mereka yang rosak.
Zuhari dan isteri menunnukkan keadaan dinding rumah mereka yang rosak.

"Alhamdulillah isteri dan anak-anak semua selamat. Bagaimanapun rumah rosak teruk apabila dinding dibahagian bilik tidur runtuh, ruang tamu, dapur dipenuhi tanah serta lumpur.

"Malah sehingga hari ini air dari runtuhan tersebut masih lagi mengalir," katanya.

Sebuah keluarga hanya mampu berputih mata apabila rumah mereka di Kampung Dalam Reka, Jeli dihempap tanah semasa banjir gelombang ketiga pada Jumaat lalu.
Sebuah keluarga hanya mampu berputih mata apabila rumah mereka di Kampung Dalam Reka, Jeli dihempap tanah semasa banjir gelombang ketiga pada Jumaat lalu.

Menurut dia, disebabkan itu mereka sekeluarga takut untuk berada di rumah itu dan memilih untuk menyewa sementara waktu.

Ujarnya, mereka juga tidak berani untuk melakukan kerja mencuci kerana bimbang berlaku keruntuhan yang lagi teruk.