Sila log masuk terlebih dahulu.

Penduduk Kuala Krai mula pindah

14 Disember 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 14 DISEMBER 2023

Penduduk di beberapa kampung di Kuala Krai, Kelantan sudah membuat persiapan untuk berpindah berikutan keadaan rumah yang dinaiki air, laopr wartawan Sinar Harian, Aswany Omar.

Antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Sepuluh, Kampung Chenulang, Kampung Chuchuh Puteri, Kampung Bukit Sireh dan Kampung Bukit Arang.

Penduduk juga membuat persiapan awal dengan mengemas semua barang dan dokumen penting.

Mereka mendakwa sudah biasa dengan situasi itu dan akan berpindah sendiri jika rumah dinaiki air.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/639622/Banjir-Kelantan:-Penduduk-mula-pindah,12-jalan-kampung-ditutup