Rakyat Gaza berdepan bencana kebuluran

Rakyat Gaza kini sedang kelaparan dan terdesak untuk mendapatkan makanan . - Foto AFP
Rakyat Gaza kini sedang kelaparan dan terdesak untuk mendapatkan makanan . - Foto AFP
A
A
A

ISTANBUL - Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) pada Sabtu mengulangi amaran bahawa orang awam di Gaza sedang bergelut dengan kelaparan yang dahsyat dan hampir separuh daripada penduduknya berdepan risiko kebuluran, lapor Agensi Anadolu.

Dalam satu hantaran di X, Pengarah Hal Ehwal UNRWA di Gaza, Thomas White berkata orang ramai sedang kelaparan dan terdesak untuk mendapatkan makanan.

Menurut beliau, sebanyak 40 peratus daripada populasi di Gaza juga berdepan berisiko kebuluran.

"Lebih banyak bekalan secara kerap diperlukan. Kami memerlukan akses kemanusiaan yang selamat dan berkekalan di mana-mana, termasuk ke Utara Gaza,” katanya.

Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan, serangan tanpa henti Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober membunuh lebih 21,000 rakyat Palestin dan mencederakan ramai lagi penduduk.

Serangan Israel menyebabkan Gaza ‘hancur’ dengan 60 peratus infrastruktur di wilayah terkepung itu rosak atau musnah dan hampir 2 juta penduduk kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.

Ketua UNRWA, Phillipe Lazzrini berkata bantuan kemanusiaan yang bermakna, tanpa halangan dan tanpa syarat serta aliran komersial, masih boleh mengubah keadaan dan mencegah kebuluran daripada berlaku. - Bernama.

Artikel Berkaitan: