MBSA sedia SAOW mudahkan orang awam bayar cukai, kompaun

Majlis Bandaraya Shah Alam
Majlis Bandaraya Shah Alam
A
A
A

SHAH ALAM - Orang ramai boleh menyemak dan membayar cukai taksiran serta kompaun tempat letak kereta di pejabat bergerak 'Shah Alam On Wheels’ (SAOW) yang beroperasi di pekarangan Lotus’s Setia Alam, Seksyen U13 di sini pada Sabtu ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Mohd Azhar Mohd Sharif berkata, kemudahan lain turut disediakan antaranya kaunter aduan, semakan status lesen komposit dan penjaja, jualan buku pelan setara dan sebagainya

Menurutnya, perkhidmatan SAOW merupakan platform disediakan MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

"Melalui perkhidmatan ini, MBSA berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat.

"Waktu pengoperasian pejabat bergerak ini bermula dari jam 11 pagi hingga jam 5 petang," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Artikel Berkaitan: