Pemandu lori didakwa rogol anak kandung di hotel

Tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah merogol anak perempuan kandungnya di sebuah hotel pada Oktober lalu.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah merogol anak perempuan kandungnya di sebuah hotel pada Oktober lalu.
A
A
A

BUTTERWORTH - Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan merogol anak kandung perempuannya berusia 14 tahun pada Oktober lalu.

Tertuduh berusia 39 tahun itu membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin @ Ghani setelah pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, lelaki tersebut didakwa melakukan kesalahan itu dalam sebuah bilik di sebuah hotel di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan pada jam 2.30 pagi, 30 Oktober lalu.

Oleh demikian, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana mangsa mempunyai hubungan dengan tertuduh iaitu ayah kandung yang mana, hubungan itu tidak dibenarkan mengikut undang-undang, hukum, agama, adat dan kebiasaan berkahwin dengan mangsa.

Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Butterworth kerana menghadapi pertuduhan merogol anak kandungnya.
Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Butterworth kerana menghadapi pertuduhan merogol anak kandungnya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Syafiq Nasrullah Saleem Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mohammad Syafiq tidak menawarkan jaminan kerana ia merupakan kesalahan yang tidak boleh dijamin selain melibatkan anak kandung tertuduh.

Dalam rayuannya, tertuduh memohon wang jaminan dikurangkan berikutan dia perlu menanggung lima anak, isteri serta ibu bapa.

Artikel Berkaitan:

"Saya mohon mahkamah menetapkan wang jaminan yang minima kerana saya hanya bekerja sebagai pemandu lori dengan gaji bulanan RM2,100. Saya juga menanggung empat anak yang masih bersekolah dan seorang lagi masih bayi.

"Anak (mangsa) tidak tinggal bersama saya selepas saya dan isteri (pertama) bercerai namun saya tetap menanggung mereka. Oleh itu, mohon mahkamah kurangkan wang jaminan," katanya.

Siti Zulaikha kemudiannya menetapkan wang jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

"Kamu juga tidak dibenarkan mendekati dan mengganggu mangsa atau saksi sehingga kes kamu selesai," kata Siti Zulaikha.

Kes ditangguhkan sehingga 30 Januari untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.