Pengawal keselamatan mengaku salah rogol anak kandung

Mahkamah menetapkan 13 September depan sebagai tarikh sebutan fakta dan hukuman terhadap tertuduh selepas mengaku salah atas tuduhan merogol anak perempuan kandungnya, April lalu.
Mahkamah menetapkan 13 September depan sebagai tarikh sebutan fakta dan hukuman terhadap tertuduh selepas mengaku salah atas tuduhan merogol anak perempuan kandungnya, April lalu.
A
A
A

KUANTAN - Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas tuduhan merogol anak perempuan kandung yang masih di bawah umur, April lalu.

Tertuduh berusia 39 tahun mengaku salah atas pertuduhan tersebut.

Berdasarkan kertas pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Fathin Nadhirah Kasim, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu ke atas anak perempuannya berusia 14 tahun empat bulan di ruang tamu sebuah rumah di sini kira-kira jam 4.30 petang, 25 April lalu.

Bagi kesalahan sumbang mahram itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta tidak kurang 10 sebatan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam faham sebab dan akibat pengakuan bersalahnya itu.

Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain menetapkan 13 September depan untuk sebutan fakta dan hukuman bagi kes tersebut.

Sebelum itu, Fathin Nadhirah tidak menawarkan jaminan atas alasan tertuduh merupakan bapa kandung kepada mangsa.

Artikel Berkaitan: