LZS sumbang RM229,000 baik pulih lima masjid di Kuala Selangor

Sebanyak RM229,000 diagihkan LZS sebagai sumbangan bagi membaik pulih lima buah masjid di sekitar Kuala Selangor pada Selasa.
Sebanyak RM229,000 diagihkan LZS sebagai sumbangan bagi membaik pulih lima buah masjid di sekitar Kuala Selangor pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak RM229,000 diagihkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebagai sumbangan bagi membaik pulih lima buah masjid di sekitar Kuala Selangor pada Selasa.

Melalui penyerahan sumbangan itu, Masjid Darul Falah di Jeram, Masjid Nurul Hasanah di Kuala Selangor dan Masjid Ar Ridzuan di Bestari Jaya masing-masing menerima sumbangan sebanyak RM50,000.

Selain itu, Masjid Darussolihin di Tanjung Karang pula menerima sumbangan sebanyak RM39,000 manakala Masjid Al Awwabin di Bestari Jaya sebanyak RM40,000.

Majlis penyerahan sumbangan diadakan di Masjid Al Awwabin Bestari Jaya.
Majlis penyerahan sumbangan diadakan di Masjid Al Awwabin Bestari Jaya.

Menurut LZS, sumbangan itu diharap dapat untuk menambah baik pengurusan masjid supaya lebih kondusif dan selesa selari dengan keperluan umat Islam.

"Semoga dengan sumbangan ini dapatlah menambah baik pengurusan masjid supaya lebih kondusif dan selesa selari dengan keperluan umat Islam.

"Dengan masih berbaki beberapa hari lagi sebelum masuk ke tahun 2024, marilah bersama-sama kita menunaikan tanggungjawab berzakat kepada LZS agar lebih banyak lagi keperluan fisabilillah dapat disantuni," katanya.

Terdahulu, majlis penyerahan sumbangan diadakan di Masjid Al Awwabin Bestari Jaya dan disertai Pegawai Tadbir Agama Daerah Kuala Selangor, Nasrul Hadi Rohani dan Ketua Jabatan Pengurusan Operasi Agihan Daerah, Zainudin Johari.

Artikel Berkaitan: