Banjir terburuk dalam sejarah Rantau Panjang

Keadaan rumah Ahmad di Kampung Kampung Luar Gual Periok, Rantau Panjang pada banjir gelombang ketiga kali ini. Banyak kenderaan pacuan empat roda dihanyutkan di kawasan laluan Kalbox 5, Rantau Panjang.
Keadaan rumah Ahmad di Kampung Kampung Luar Gual Periok, Rantau Panjang pada banjir gelombang ketiga kali ini. Banyak kenderaan pacuan empat roda dihanyutkan di kawasan laluan Kalbox 5, Rantau Panjang.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Banjir gelombang ketiga yang bermula Ahad lalu disifatkan sebagai terburuk dalam sejarah Rantau Panjang apabila air di Sungai Golok mencatatkan paras 11.03 meter pada Isnin.

Menurut penduduk bah kali ini sangat luar biasa jika dibandingkan dengan tahun 2014 lalu apabila seluruh daratan di sini bertukar menjadi 'lautan' apabila hampir semua kampung ditenggelami air.

Penduduk dari Kampung Luar Gual Periok, Ahmad Ibrahim, 60, berkata, sepanjang hidupnya air Sungai Golok di Rantau Panjang belum pernah mencapai 11 meter kerana pada 2014 ia sekadar 10.84 meter sahaja.

Bekas guru itu memberitahu, sebelum ini paling teruk banjir berlaku hanya menenggelamkan kawasan luar rumah sahaja.

Anggota JBPM sedang bertungkus lumus melakukan operasi pemindahan banjir di Rantau Panjang.
Anggota JBPM sedang bertungkus lumus melakukan operasi pemindahan banjir di Rantau Panjang.

"Tetapi banjir kali ini hanya bumbung rumah kelihatan.

"Saya pula pesakit buah pinggang kronik tahap lima, perlu hidup dengan bekalan oksigen. Nasib baik sempat berpindah ke PPS (pusat pemindahan sementara) SK (Sekolah Kebangsaan) Gual Periok," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut beliau, banjir teruk kali ini berlaku dipercayai akibat pertembungan Sungai Golok di Rantau Panjang, pintu air Batu Hampar dari Danau Tok Uban kemudian mengalir sekali gus berkumpul di Sungai Lancang.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, lebih teruk lagi pertembungan air dari Kubang Kuar, Baroh Pial ke Kalbox 5 yang juga berakhir di Sungai Lancang.

Ahmad memberitahu, memburukkan lagi keadaan apabila adanya pembinaan Projek Pembangunan Lembangan Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.

"Kami merayu kepada kerajaan agar membina sebuah terowong khas mengalirkan air banjir kerana 10 pembentung yang sedia ada tidak mampu menampung setiap kali musim tengkujuh.

"Kalau kita lihat di negara jiran mereka ada benteng yang tinggi dari Rantau Panjang hingga ke Pengkalan Kubor, malah setiap kali banjir dipamnya air ke Sungai Golok.

"Tetapi di sebelah kita... air mengalir begitu sahaja, disebabkan itulah banjir luar biasa dan termenung sering berlaku," katanya.

Bagi penduduk di Pekan Lama Rantau Panjang, Mohamad Naziz Abdul Zaman, 46, banjir gelombang ketiga kali ini sangat mengejutkan mereka.

Dia memberitahu, selain catatan paras air Sungai Golok yang memecah rekod lebih 11 meter mereka juga perlu berdepan dengan bekalan elektrik yang dipotong demi keselamatan serta gangguan talian telefon beberapa jam.

Tambahnya, sekarang ini mereka terpaksa menggunakan khidmat talian telefon dari negara jiran.

Ujarnya, paras air pula mencecah sehingga satu meter lebih buruk berbanding 2014 lalu.

"Bagi kami faktor ini terjadi adalah disebabkan pembinaaan tebatan banjir PLSB yang sudah terbukti banyak menggangu kehidupan penduduk.

"Kami berharap projek tersebut dipercepatkan dengan kadar segera. Selain itu faktor taburan hujan serta pertembungan air dari beberapa sungai seperti Empangan Bukit Kwong, Batu Hampar di Tok Uban, Lubok Jong yang semuanya mengalir ke Lancang dan terus ke Sungai Golok," katanya.

Menurut penduduk bah kali ini sangat luar biasa jika dibandingkan dengan tahun 2014 lalu apabila seluruh daratan di sini bertukar menjadi 'lautan' apabila hampir semua kampung ditenggelami air.
Menurut penduduk bah kali ini sangat luar biasa jika dibandingkan dengan tahun 2014 lalu apabila seluruh daratan di sini bertukar menjadi 'lautan' apabila hampir semua kampung ditenggelami air.

Menurut dia yang kini berpindah ke PPS SK Sri Rantau Panjang 2, setakat jam 4 petang Selasa air dilihat mulai surut tetapi dalam keadaan perlahan.

Penduduk di Kampung Tersang yang sudah sebati dengan banjir termenung, Norhisyam Abdullah, 40, berkata, dari gelombang pertama sehinggalah ketiga hanya beberapa hari mereka berada di rumah, selebihnya banyak dihabiskan di PPS.

"Gelombang kedua hari itu kami belum sempat pulang, sekarang sudah banjir kembali.

"Malah lebih teruk daripada sebelumnya. Air naik lebih cepat dan surutnya belum tentu lagi," katanya.

Dia memberitahu, bagaimanapun pada Selasa sekitar jam 10 pagi benteng yang dibina di Lancang dikatakan telah pecah.

Ujar Norhisyam, keadaan itu menyebabkan banjir dilihat cepat surut kerana pengaliran air yang deras telah berlaku.

"Kami jangkakan laluan Kalbox 5 akan boleh dilalui esok. Kami juga berharap benteng yang pecah tidak dibaiki lagi kerana dijangkakan Januari ini ada lagi gelombang yang akan melanda.

"Kita lihat bagaimana keadaan banjir ketika itu jika benteng dibiarkan terbuka luas," katanya.