JKM cari ibu bapa Muhammad Rizky

Muhammad Rizky Shahz
Muhammad Rizky Shahz
A
A
A

SUBANG JAYA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengesan ibu bapa kandung kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun yang menjadi mangsa pengabaian sebelum ini.

JKM Subang Jaya dalam satu kenyataan memaklumkan, kanak-kanak berkenaan, Muhammad Rizky Shahz yang dilahirkan pada 24 September 2015 di Hospital Sutan Ismail, Johor Bahru diserahkan bapa kandung kepada seorang penjaga pada 22 Februari 2018 disebabkan tidak mampu dari segi kewangan.

Menurut kenyataan itu, bapa kandung kanak-kanak dikenali sebagai Mohd Sabri Jamat, 31, beralamat terakhir di Kampung Baru Hicom, Shah Alam kemudian menghilangkan selepas penyerahan anaknya dilakukan.

"Siasatan dijalankan mendapati kanak-kanak ini tidak mempunyai sijil kelahiran.

"Ibu kandung yang merupakan warganegara Indonesia bernama Santi Saparudin pula didapati telah pulang ke negara asal," katanya menerusi kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan, Muhammad Rizky tergolong dalam kategori kanak–kanak yang memerlukan perlindungan dan pemeliharaan di bawah Seksyen 17(1)(e) (ii) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2016) kerana menjadi mangsa pengabaian oleh ibu bapa kandung.

Menurut kenyataan itu lagi, kes kanak-kanak berkenaan sudah dirujuk ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Petaling Jaya untuk perintah perlindungan sementara di bawah Subseksyen 25(2) Akta Kanak-Kanak 2001 pada 12 September 2019.

"Ia bagi memberi ruang pihak kami menjalankan siasatan untuk mengesan ibu bapa kandung kanak-kanak.

Artikel Berkaitan:

"Justeru, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkenaan ibu bapa kandung diminta menghubungi Pegawai Pelindung kes, Mohd Hazril Mohd Kodri ditalian 0356343095 atau hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Subang Jaya," katanya.