Mohd Fauzi angkat sumpah Datuk Bandar Subang Jaya baharu

Mohd Fauzi mengangkat sumpah jawatan sebagai Datuk Bandar Subang Jaya yang baharu pada Rabu.
Mohd Fauzi mengangkat sumpah jawatan sebagai Datuk Bandar Subang Jaya yang baharu pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Mohd Fauzi Mohd Yatim mengangkat sumpah jawatan sebagai Datuk Bandar Subang Jaya yang baharu pada Rabu.

Beliau turut menandatangani watikah pelantikan berkuat kuasa Selasa di hadapan timbalannya, Mohd Zulkurnain Che Ali sambil disaksikan ahli majlis di ibu pejabat Majlis Bandaraya Subang Jaya.

Mohd Fauzi yang berusia 56 tahun itu menggantikan penyandang jawatan terdahulu, Datuk Johary Anuar yang kini berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan).

Mohd Fauzi turut menandatangani watikah pelantikan berkuat kuasa Selasa di hadapan timbalannya, Mohd Zulkurnain Che Ali sambil disaksikan ahli majlis.
Mohd Fauzi turut menandatangani watikah pelantikan berkuat kuasa Selasa di hadapan timbalannya, Mohd Zulkurnain Che Ali sambil disaksikan ahli majlis.

Berkelulusan Sarjana Pengurusan Sumber Tanah dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM), beliau juga pernah berkhidmat sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang antara 2019 hingga 2020.

Sebelum itu, anak kelahiran Terengganu itu juga pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah Hulu Selangor antara 2015 hingga 2019 dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Gombak dari 2011 hingga 2015.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) Universiti Sains Malaysia dan Diploma Pengurusan Awam INTAN itu juga pernah bertugas sebagai ketua penolong setiausaha Bahagian Korporat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).