Banjir: Rezeki dapat ikan belida 10 kg ketika tahan jaring

Mohamad menunjukkan ikan belida yang mengena jaring ditahan berdekatan Pengkalan Warisan di Kampung Pulau Manis, Serada di Kuala Terengganu.
Mohamad menunjukkan ikan belida yang mengena jaring ditahan berdekatan Pengkalan Warisan di Kampung Pulau Manis, Serada di Kuala Terengganu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Musim banjir yang melanda memberi limpahan rezeki bagi penduduk Kampung Pulau Manis, Serada di sini yang memanfaatkan masa lapang dengan menahan jaring di Sungai Terengganu.

Jaring yang ditahan seorang penduduk di kawasan Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBT), Pengkalan Warisan mengena seekor ikan belida seberat 10 kilogram sekitar jam 7.30 pagi pada Selasa.

Mohamad Che Embong, 64, berkata, ikan belida atau nama saintifiknya Notopterus Chitala dianggarkan seberat kira-kira 10 kilogram (kg) terperangkap pada jaring yang ditahan sejak malam Isnin.

"Jaring ni saya dah pasang dua, tiga hari lepas ketika air mula naik ke kawasan di Pengkalan Warisan ini. Malam tadi air makin tinggi dan agak besar.

"Pagi ni seperti biasa rutin saya periksa jaring yang dipasang dan mendapati ia mengena seekor ikan belida yang saiznya agak besar," katanya ketika dihubungi di sini, pada Selasa.

Menurut Mohamad atau lebih mesra digelar Pok Taha, ikan itu akan dimasak bersama-sama Ahli Jawatankuasa (AJK) Pengkalan Warisan.

"Biasanya, ikan belida ni sedap dimasak resipi ikan darat iaitu asam pedas daun kesum dan serai. Selain itu, ia juga sedap digoreng dan diolah melalui beberapa menu masakan lain,"katanya.

Mohamad berkata, aktiviti menahan pukat itu dilakukan secara sambilan sementara memantau kenaikan paras air sungai di kawasan tersebut dan memindahkan barangan ke tempat selamat.

Artikel Berkaitan:

"Dua tuga hari lepas saya biasa dapat ikan patin, lampam, baung dan sebarau. Musim air naik dua tiga hari lepas banyak ikan lampam, patin dan sebarau.

"Sebelum ni jaring yang saya tahan mengena ikan patin seberat 14 kg. Musim hujan biasanya banyak ikan saiz besar akan turun dari Hulu Terengganu.

"Ikan-ikan ini datang dari sungai Terengganu dan ia juga sebenarnya berasal dari empangan di daerah tersebut," katanya.

@sinarharianonline Bayi lelaki berusia tujuh bulan maut selepas kenderaan yang dinaiki terlanggar lopak air dan terbabas dalam kemalangan di Kilometer 372, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Bukit Besi, pada Isnin. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, Mohammad Adam Rayyan Abdul Rahim meninggal dunia kira-kira jam 12.25 tengah hari di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada Selasa. #SinarHarian#SinarTerkini#Dungun#Terengganu#Bukitbesi#Eksiden#fyp original sound - Sinar Harian